Monday 19 November 2018

Aku janji.

Bukan melupakan cuma beri sedikit kelonggaran
Bukan menjauhkan diri cuma perlukan sedikit kedamaian hati
Bukan cemburu cuma mahu yang terbaik untuk kamu
Bukan tak suka cuma tak mahu kau terluka untuk kali ke berapa juta
Tapi kau takkan pernah tahu apa yang aku cuba lakukan untuk kamu

Tidak mengapa
Mungkin kata kata aku tidak bermakna saat kau dipukul gelombang bahagia
Tapi jika nanti kau terluka lagi
Mungkin ketika itu aku telah pergi
Dan takkan lagi peduli

Aku janji yang aku pergi,
Nanti.

Yang ikhlas dari aku,
Kawanmu.